Sensasi dan Terkini

Tuesday 10 January 2017

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016 MILIK MOHD FAIZ SUBRI (MALAYSIA)



KONGSI INFO : Tahniah Mohd Faiz Subri PUSKAS!!! Anda kebanggaan rakyat Malaysia. Sekaligus merupakan rakyat Malaysia pertama yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA bagi tahun 2016 selepas diumumkan oleh FIFA dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland, sebentar tadi.

Mohd Faiz Subri menjadi pemain terbaru menerima anugerah prestij ini selepas Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013), James Rodriguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

Sepakan jaringan yang menakjubkan itu telah disifatkan sebagai ‘melanggar hukum fizik’, dilakukan sewaktu beliau bersama-sama skuad Pulau Pinang membantu menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Sejak sesi pengundian dibuka sekali lagi oleh FIFA untuk memilih salah satu daripada tiga sepakan jaringan yang memperolehi undian terbanyak di awal pengundian, sepakan jaringan Mohd Faiz Subri terus mengungguli undian peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia mengatasi sepakan jaringan Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodríguez, calon wanita tunggal dari Venezuela. Sepakan jaringan Mohd Faiz Subri memperolehi 59.46% undian global, Marlone memperolehi 22.86%, dan Daniuska Rodriguez dengan 10.01% undian.



Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah FIFA bagi setiap kategori yang dipertandingkan bagi tahun 2016:

THE BEST FIFA AWARD 2016:


1.   The FIFPro World 11 2016

  • GK - Manuel Neuer (Germany/Bayern Munich)

  • DF - Dani Alves (Brazil/Juventus)

  • DF - Gerard Pique (Spain/Barcelona)

  • DF - Sergio Ramos (Spain /Real Madrid)

  • DF - Marcelo (Brazil/Real Madrid)

  • MF - Luka Modric (Croatia/Real Madrid)

  • MF - Toni Kroos (Germany/Real Madrid)

  • MF - Andres Iniesta (Spain/Barcelona)

  • FW - Lionel Messi (Argentina/Barcelona)

  • FW - Luis Suarez (Uruguay/Barcelona)

  • FW - Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid)

2.   The FIFA Fan Award 2016 - Borussia Dortmund dan Liverpool Supporters

3.   The Best FIFA Women's Coach 2016 - Silvia Neid (Germany)

4.   The Best FIFA Fair Play Award 2016 - Atletico Nacional

5.   The Best FIFA Men's Coach 2016 - Claudio Ranieri (Italy/Leicester City)

6.   The Best FIFA Award For An Outstanding Career - Falcao (Brazil)

7.   The Best FIFA Puskás Award 2016 - Mohd Faiz Subri (Malaysia)

8.   The Best FIFA Women's Player 2016 - Carli Lloyd (USA)

9.   The Best FIFA Men's Player 2016 - Cristiano Ronaldo (Portugal)

Tahniah Faiz Subri !

No comments:

Post a Comment