Sensasi dan Terkini

Monday 23 January 2017

CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN (GST) BERJAYA DIKUTIP SEBANYAK RM41.2BILION PADA TAHUN 2016 OLEH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA



KONGSI INFO : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengutip kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM41.2 bilion sepanjang 2016. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata kutipan cukai itu mula dilaksanakan pada 1 April 2015. Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam memastikan GST ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.


"Kita menyasarkan RM40 bilion hingga RM42 bilion kutipan GST bagi tahun ini , yang mana keyakinan ini akan didorong dengan program Strategi Lautan Biru JKDM pada tahun ini.

"JKDM juga akan meningkatkan prestasi tadbir urus perkhidmatan, mempergiatkan lagi proses pendidikan kepada rakyat dan menjalinkan kerjasama yang erat dengan peniaga," katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia, yang dianjurkan oleh Kelab Pegawai Kanan Kastam dan Majlis Kanser Negara (MAKNA) di Dataran Wawasan, di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk T Subromaniam. Khazali berkata, sehingga kini, sejumlah 431,000 syarikat sudah mendaftar dalam sistem GST. "Pihak JKDM juga sedang mengenal pasti peniagaan atas talian dan lain-lain perniagaan, yang mempunyai nilai jualan melebihi RM500,000 untuk turut berdaftar," katanya.

SUMBER INFO : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment