Sensasi dan Terkini

Saturday 21 January 2017

KEDAH FA RANGKUL KEJUARAAN PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SUMBANGSIH) 2017 JDT GAGAL JULANG HATRIK



KONGSI INFO : Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) bagi tahun 2017 milik Kedah FA. Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal merangkul kejuaraan hatrik Piala Sultan Haji Ahmad Shah apabila tewas 4-5 kepada Kedah menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh permainan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.


Kapten JDT, Safiq Rahim meletakkan skuad bimbingan jurulatih baharu JDT, Benjamin Mora terlebih dahulu di depan selepas Safiq berjaya menyempurnakan penalti pada minit ke-40, sebelum pemain tengah kebangsaan, Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan pada minit ke-63.

Sepanjang perlawanan tersebut, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe gagal memanfaatkan peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain, apabila JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas S. Kunanlan mengutip kad kuning kedua selepas mengasari Fakri Saarani di luar kotak penalti pada lewat babak pertama.

Selepas perlawanan terikat 1-1 dalam masa penuh permainan, penentuan penalti terpaksa dilakukan. Penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid berjaya menjadi wira setelah menghalang sepakan Brian Ferreira sekaligus menyaksikan skuad Harimau Selatan gagal melengkap kemenangan hatrik Piala Sumbangsih selepas merangkul trofi kejohanan tersebut pada 2015 dan 2016.

No comments:

Post a Comment