Sensasi dan Terkini

Wednesday 18 January 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) BAGI TAHUN 2016 OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



KONGSI INFO : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada 17 Januari 2017 telah memaklumkan mengenai keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2016. Menurut kenyataan tersebut, seramai 8,784 calon telah mendaftar pada tahun 2016 untuk menduduki STAM di 224 pusat peperiksaan.

Calon-calon STAM 2016 terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Swasta. Selain itu terdapat juga calaon-calon persendirian dan calon-calon luar negara (Kemboja) yang berdaftar dengan KPM.


Senarai pecahan calon mengikut sekolah-sekolah adalah seperti berikut:

BIL.JENIS SEKOLAH / PERSENDIRIAN / LUAR NEGARABIL. CALON
1.Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan2,110
2.Sekolah Menengah Agama Negeri4,617
3.Sekolah Menengah Agama Rakyat680
4.Sekolah Menengah Swasta30
5.Persendirian1,269
6.Luar Negara (berdaftar dengan KPM)78
JUMLAH KESELURUHAN CALON8,784

Analisis pensijilan peperiksaan STAM pada tahun 2016 berbanding keputusan pada tahun 2015 adalah seperti berikut:


Manakala, pencapaian calon peperiksaan STAM pada tahun 2016 berbanding tahun 2015 adalah seperti berikut:


Menurut KPM lagi, calon-calon STAM 2016 boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing¬masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Selain itu, calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2016 melalui mySMS 15888 yang mana perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 19 Januari 2017 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 25 Januari 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KPM seperti di pautan ini.

No comments:

Post a Comment