Sensasi dan Terkini

Friday 3 February 2017

TABUNG HAJI UMUM HIBAH PENDEPOSIT BAGI TAHUN 2016 4.25% HIBAH TAHUNAN,1.50% HIBAH HAJI



KONGSI INFO : Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Hibah Pendeposit 2016 dengan kadar 4.25% Hibah Tahunan, dan tambahan Hibah Haji sebanyak 1.50% untuk para pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu majlis yang telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TH, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran akibat keadaan ekonomi global masakini yang tidak menentu dan di luar kawalan, TH masih dapat mencatat pendapatan kasar sebanyak RM3.42 bilion dan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM2.48 bilion bagi tahun kewangan 2016.



Bayaran Hibah ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan 9.1 juta pendeposit, manakala Hibah Haji diberi kepada 8.5 juta pendeposit yang belum menunaikan Haji setelah mengambilkira 2.5% bayaran Zakat Perniagaan TH 2016 sebanyak RM60.3 juta. Bayaran zakat tersebut akan dibuat kepada semua Pusat Pungutan Zakat (PPZ) negeri-negeri dan juga secara langsung kepada asnaf-asnaf yang layak.

PENDAPATAN 2016



Pendapatan daripada Ekuiti Urusniaga dan Ekuiti Dividen telah menyumbang RM1.7 bilion atau 50% daripada pendapatan kasar tahun ini. Keuntungan daripada Sekuriti Hutang 2016 menyumbang sebanyak RM836 juta yang meningkat RM133 juta atau 19% berbanding tahun 2015. Disamping itu, TH turut memperoleh pendapatan sebanyak RM900 juta daripada pembiayaan, sewaan, pasaran wang dan instrumen kewangan lain.

TH mencatat penurunan dalam pendapatan pada tahun 2016 berbanding 2015 sebanyak RM1 bilion (23%) oleh kerana pada tahun 2015, TH menerima dividen secara ‘one off’ hasil daripada penjualan aset perladangan di Indonesia sebanyak RM874 juta dan sebuah bangunan di London sebanyak RM290 juta. Trend penurunan ini juga dihadapi oleh pungurus-pengurus dana yang lain.

HIBAH



Setiap tahun Kadar Hibah TH kepada pendeposit adalah kompetitif walaupun simpanan di TH sama seperti akaun simpanan diperbankan Islam lain iaitu secara sukarela, tiada had dan syarat-syarat khas serta bayaran zakat telah dilunaskan.

Sehubungan dengan itu, TH mengumumkan akan mengagihkan RM2.88 bilion sebagai hibah kepada pendeposit dan dengan jumlah tersebut, kadar Hibah TH 2016 kepada pendeposit adalah sebanyak 4.25% dan tambahan Hibah Haji sebanyak 1.50% kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Fardhu Haji.

Kadar tersebut dilihat lebih tinggi berbanding kadar purata pulangan akaun Simpanan Al-Wadiah diperbankan Islam pada tahun 2016 iaitu sekitar 2% sebagaimana dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).


No comments:

Post a Comment