Sensasi dan Terkini

Thursday 28 December 2017

AMALAN MENGGUNAKAN UBAT PERANGSANG SEKS TANPA PENGAWASAN DOKTOR PERUBATAN BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN



KONGSI INFO : Dewasa ini terdapat banyak produk-produk perangsang seks dijual secara meleluasa dan mudah didapati. Hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual. Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.




Menurut hasil kajian tersebut, produk Candy B Complex mengandungi bahan Tadalafil, manakala Vimax mengandungi bahan Sildenafil Analog. Berikut merupakan kesan-kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan ini:

  1. Pengambilan ubat ini boleh menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak dan serius.

  2. Sakit dada, berasa loya dan pening semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan.

  3. Pengambilan secara berterusan akan menyebabkan sakit hati dan kerosakan buah pinggang.

  4. Kehilangan penglihatan secara mendadak kemungkinan akan berlaku dalam sebilangan kecil orang yang mengambil ubat-ubatan yang mengandungi Tadalafil.

Ketaksuban pengguna tentang ubat ubatan herba @ tradisional tentang TENAGA BATIN dewasa ini tanpa mengambil kira tentang KEMUDARATAN atau bakal berlaku tidak pernah diambil kira. Pengguna yang terlalu taksub dengan ubat perangsang seks dan sanggup membayar harga tinggi menyebabkan pelbagai jenama ubat haram muncul di pasaran.


Kebanyakan ubat haram itu diseludup dari luar, terutama China dan Indonesia, dengan sebahagiannya dimasukkan ke dalam bagasi tangan ketika menaiki kapal terbang. Setiap bahan kimia ada kegunaannya, tetapi hendaklah dalam sukatan betul. Ubat tradisional tidak boleh dicampurkan dengan bahan kimia lain kerana mengundang bahaya kepada pengguna.


Penggunaan bahan kimia seperti sildenafiltadalafil dan analog sildenafil dalam jumlah tinggi pada ubat perangsang seks boleh memberi kesan negatif seperti degupan jantung bertambah kencang dan tekanan darah meningkat, terutama bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi serta kencing manis. Sildenafil, tadalafil, analog sildenafil adalah bahan yang sering digunakan dalam ubat kuat kerana keberkesanannya. Bagaimanapun, analog sildenafil iaitu satu bentuk kimia yang asalnya daripada sildenafil mempunyai kesan lebih cepat, namun kesan mudaratnya juga dapat dilihat lebih cepat.

Lelaki atau kaum Bapa yang mengalami masalah mati pucuk atau ingin mencuba ubat mengandungi bahan itu perlu berhati hati serta diminta atau dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Doktor tidak akan memberi kebenaran sembarangan kalau individu terbabit tidak mempunyai disfungsi erektil. Sebenarnya, jika fizik seseorang itu normal, ubat mengandungi racun tertentu tidak begitu bahaya, tetapi jika pengguna itu ada masalah jantung atau buah pinggang, ia akan memberi kesan negative, boleh membahayakan pengguna.

Sedikit panduan, pengguna yang ingin membeli ubat perlu memastikan produk mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL. Katanya, ubat bukan racun (OTC) ditanda huruf ‘X’ di hujung nombor pendaftaran, manakala ubat tradisional ‘T’, ubat terkawal ‘A’ dan kosmetik ‘K’. Melalui pemeriksaan penguat kuasa Bahagian Farmasi, ada syarikat menggunakan pendaftaran palsu bagi ubat bukan racun, iaitu XXL di hujung nombor pendaftaran.

Selain itu, semua produk mesti mempunyai label ‘Hologram Meditag’ yang disahkan Kementerian Kesihatan, kecuali produk kosmetik dan produk penjagaan luaran iaitu anti jerawat, anti kelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria. Pengguna perlu berhati-hati dengan ubat tradisional tidak berdaftar. Misalnya, Ubat Papan dari Indonesia. Ia mengandungi steroid. Walaupun berkesan menguatkan seks, pada masa sama ia mempercepatkan pereputan tulang dan menyebabkan tulang mudah patah.

Pelbagai Viagra tiruan turut dikesan dijual di pasaran tempatan yang kebanyakannya berasal dari China dan dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada Viagra tulen. Sebiji pil Viagra tulen yang paling kuat keberkesanannya ialah 100 miligram (mg), tetapi Viagra palsu pula 500 mg, iaitu kadar yang tidak munasabah. Ia umpama memasukkan enjin lori ke dalam kereta Kancil.

Ada juga peniaga menawarkan ubat seks dengan mendakwanya sebagai ubat tradisional melalui jualan secara langsung, tetapi jika ubat tradisional dijual antara RM8 hingga RM10 sebiji, ia terlalu mahal dan ternyata berlaku penipuan. Sebenarnya, ubat farmaseutikal lebih selamat kerana mengandungi racun berjadual, berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), mementingkan keselamatan dan aplikasi sementara ubat tradisional pula, dinilai daripada keselamatan dan kualiti.

Mengingatkan para pengguna, ubat perangsang seks palsu serta ubat tiruan mengandungi racun seperti sildenafil, tadalafil dan steroid banyak dijual di kaki lima jalanan, toko ubat dan kedai runcit. Pengguna yang ingin tahu sama ada produk yang dipasarkan berdaftar atau tidak boleh memeriksa laman web cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan di www.pharmacy.gov.my.

No comments:

Post a Comment